Nota



Bersuci daripada najis

Maksud
Bersuci :
Membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas

Najis :
Benda-benda kotor pada hokum Syarak yang menyebabkan solat tidak sah.



Najis
1.     Najis Hikmi:
Najis yang tidak dapat dilihat zatnya.
Contoh : air kencing yang sudah kering

Najis Aini:
Najis yang dapat dilihat zatnya, walaupun sudah kering.
Contoh : Nanah





 





































Jenis-jenis najis:

Mukaffafah ( Ringan ) :
Najis ringan  iaitu air kencing 
kanak-kanak lelaki yang berumur
tidak lebih dua tahun yang hanya
menyusu susu ibunya.

Mutawassitah ( Sederhana )
i) Segala yang keluar dari qubul
   dan dubur manusia atau haiwan 
   seperti mazi, wadi, kencing, najis 
   manusia dan haiwan melainkan 
   air mani manusia.

ii) Darah selain dari hati dan limpa, 
    nanah, muntah, bangkai binatang 
    yang mengalir darahnya.

iii) Arak dan segala jenis yang 
    memabukkan.

iv) Susu binatang yang tidak halal 
      dimakan dagingnya.

Najis Mughallazoh ( Berat )

Ertinya najis yang tidak dimaafkan
iaitu najis anjing dan babi serta anak
yang terjadi dari percampuran 
kedua binatang itu dengan 
binatang lain. Maka segala binatang
 ini sama ada dagingnya, air liurnya, 
bulunya, lemaknya, tulangnya, 
peluhnya, kotorannya dan lain-lain
mengenainya adalah najis Mughallazah.




 



































                         









   

                   Alat-alat bersuci :

                                               - Air Mutlak
                  - Benda kesat yang suci seperti batu,
                    daun kering dan kertas

2 comments: